Noureddine import baru Perak

Oleh Hairi Yahaya 4 Jun 2018 8936
Noureddine import baru Perak
Pemain kelahiran Lebanon, Jad Noureddine, diumumkan sebagai import baru The Bos Gaurus (TBG) bagi mengharungi baki kancah Liga Malaysia (Liga ) musim ini.

Menurut Setiausaha Kehormat, Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Ahmad Shahrul Azhar Sofian, kemasukan Noureddine di bahagian pertahanan menggantikan kuota Asia yang ditinggalkan oleh Robert Cornthwaite yang menarik diri atas faktor kecederaan.

"Kecederaan yang dialami Robert berpanjangan. Oleh itu, dia dan PAFA mencapai kata sepakat untuk tidak lagi bersama di Perak.

"Pemilihan Jad berdasarkan pemerhatian dan penelitian ke atas apa yang terbaik untuk pasukan Perak," kata Ahmad Shahrul.

Noureddine sebelum ini mewakili kelab SAFA FC dalam Liga Lebanon dan juga pernah menyarung jersi dua kelab Indonesa, Arema FC pada 2017 dan Pusamania Borneo FC pada 2016.
 

Tentang Penulis

 Hairi Yahaya

Komen