Nidzam puas hati prestasi anak buah

Oleh Astro Arena 25 Mei 2017
Nidzam puas hati prestasi anak buah
Pengendali Kedah, Nidzam Adzha Yusof, gembira dengan prestasi pasukannya selepas mencatat kemenangan 3-0 ke atas T-Team dalam aksi di Stadium Darulaman, malam tadi.

Bagi Nidzam, kemenangan itu membuktikan pemain-pemainnya sentiasa bersedia walaupun keletihan  mengharungi aksi final Piala FA masih belum pulih sepenuhnya.

Skuad Hijau Kuning yang tewas 5-0 dalam perlawanan pusingan pertama di tempat lawan sebelum ini, berjaya menjaringkan gol menerusi hatrik pemain import, Ken Ilso.

"Kami sedar kami perlu mencari lebih gol tetapi sasaran utama adalah meraih tiga mata," katanya.

Sementara itu, jurulatih T-Team, Rahmad Darmawan, mengakui kehebatan pasukan Kedah yang nyata bijak memanipulasikan peluang yang terhidang.

"Kedah berhak meraih kemenangan. Mereka berjaya menghasilkan gol menerusi peluang-peluang yang dimiliki," ujarnya.

Tentang Penulis

Astro Arena
Tawaran Menarik

Komen