Jurulatih Selangor, Nazliazmi Nasir, tetap memandang serius pertemuan menentang PKNP FC di tempat lawan malam esok walaupun skuad Red Giants sudah terselamat daripada penyingkiran Liga Super.

Susulan kemenangan Terengganu FC (TFC) ke atas Kelantan, ia telah menyelamatkan Selangor secara tidak langsung untuk terus kekal dalam saingan Liga Super musim depan.

Selepas bergelut sepanjang musim, Nazliazmi berharap pemain-pemain mampu menampilkan aksi yang lebih positif bagi memperbaiki kedudukan mereka.

"Saya berharap pemain lebih fokus dan menampilkan aksi terbaik ketika bertemu PKNP esok," katanya.

Selangor tanpa penjaga gol berpengalaman, Khairul Azhan Khalid, untuk aksi seterusnya tetapi Nazliazmi optimis ketiadaan beberapa tonggak utama tidak akan menggugat prestasi pasukannnya.

"Saya akan cuba mengekalkan kesebelasan yang sama dan saya menjangkakan keputusan akan memihak kepada Selangor."