Nakajima, Amutu sertai Pahang

Oleh Staff Writer 8 Mei 2018 63142
Nakajima, Amutu sertai Pahang
Pengendali Pahang, Dollah Salleh, mengesahkan bekas awang import Terengganu, Issey Farran Nakajima, bersama bekas penyerang import Kelantan, Austin Amutu, sah menyertai skuad Tok Gajah untuk baki saingan Liga Malaysia (Liga M), musim ini.

Bagi Dollah, pengalaman Nakajima dan Amutu dalam saingan bola sepak tempatan sebelum ini adalah faktor yang membuatkannya yakin mendapatkan khidmat mereka untuk jendela perpindahan kedua Liga M yang dibuka dari 7 Mei hingga 3 Jun depan.

Issey beraksi untuk Terengganu selama tiga musim sebelum ini tatkala Amutu bersama Kelantan pada musim 2015.

"Kami berharap kemasukan dua pemain ini akan meningkatkan mutu pasukan kami. Amutu mungkin mengalami kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan pasukan tetapi pengalamannya akan membantu menangani isu ini," kata Dollah.

Issey akan mengantikan kelibat pemain Kemboja, Chan Vathanaka, manakala Amutu mengambil tempat Francis Forkey Doe yang mengalami kecederaan lutut.

Sementara itu, Nakajima ketika dihubungi mengakui teruja utuk kembali beraksi dalam saingan Liga Super dan pemain antarabangsa Kanada itu bertekad membalas kepercayaan pengurusan Pahang terhadapnya.

"Saya sangat gembira kerana akan kembali ke Liga Super. Saya amat teruja untuk membuktikan kebolehan bersama Pahang," kata Nakajima.

​Imej: Asiana

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen