KEDAH 1 SELANGOR 1

Kedah dan Selangor terpaksa berpuas hati untuk berkongsi satu mata selepas pertembungan Liga Super di Stadium Darulaman, Alor Setar, sebentar tadi berkesudahan 1-1.


Selangor dan Kedah 'sepakat' untuk mengakhiri kempen pusingan pertama Liga Super di kedudukan ketiga dan keempat.

Kealpaan benteng tuan rumah memberi ruang kepada Gergasi Merah dihukum bekas tonggak, Sandro da Silva, menerusi gerakan menarik sepasukan pada minit ke-18.

Begitupun, Selangor gagal bertahan dengan baik apabila tandukan tipis Baddrol Bakhtiar memastikan Lang Merah mengikat kedudukan 1-1.

Kedua-dua pasukan mempunyai peluang seimbang untuk menokok jaringan tetapi buntu dalam tindakan penyudah.

Selain itu, Melaka United gagal mengulangi rentak cemerlang ketika membenam Kedah minggu lalu apabila diikat, juga seri 1-1, dengan Felda United di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka.

Melaka merobek gawang Felda seawal minit ke-15 menerusi ledakan Patrick Reichelt, namun gagal mempertahankan kelebihan itu yang menyaksikan pemain import dari Jepun, Kei Ikeda, menyumbat gol melalui sepakan penalti pada minit ke-62.

Keputusan Liga Perdana:

JDT II 2 SELANGOR UNITED 0

KELANTAN 2 PULAU PINANG 1