Satu sejarah dilakar bola sepak negara menerusi perjanjian persefahaman yang terjalin di antara Usahasama Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) dan juga LaLiga.

Perjanjian selama tiga tahun itu menyaksikan FMLLP dan La Liga akan bekerjasama membangunkan rangka 50 tahun untuk Liga Malaysia (Liga M).

Bukan itu sahaja, ia juga akan memudahkan langkah untuk membawa pemain-pemain LaLiga mengisi kuota import Liga M.

Majlis perjanjian itu disempurnakan Pengerusi FMLLP, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, manakala LaLiga diwakili Ketua Pembangunan Antarabangsa, Oscar Mayo Pardo.