PKNS FC 3 KEDAH 4

Kedah mencipta kemenangan bergaya 4-3 ke atas PKNS FC dalam aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Shah Alam, sebentar tadi.


Kemenangan ini sekali gus memberikan skuad bimbingan Ramon Marcote itu peluang kembali dalam persaingan takhta liga selepas memungut enam mata untuk menghuni tangga keenam.

PKNS terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-31 menerusi Faris Ramli sebelum Kedah bangkit tiga minit kemudian menerusi jaringan Liridon Krasniqi yang menyempurnakan sepakan penalti.

Mahali Jasuli kembali meletakkan PKNS di depan seminit selepas perlawanan bersambung dan Krasniqi sekali lagi menyamakan kedudukan pada minit ke-57.

Kesilapan gol sendiri pertahanan tuan rumah, K. Reuben, memberikan Kedah gol ketiga, diikuti jaringan Ariff Farhan Isa memastikan kemenangan buat Kedah sebelum Mahali menjaringkan gol sagu hati buat PKNS.

"Kedah merupakan pasukan yang berkualiti. Setiap jaringan kami bolosi merupakan kesilapan kami," kata jurulatih PKNS, Datuk K. Rajagobal.

"Kami telah cuba bermain dengan baik, perlawanan ini bersifat terbuka buat kedua-dua pasukan. Kegagalan kami untuk menyempurnakan sepakan penalti telah menyekat harapan kami untuk meraih sebarang mata dalam perlawanan ini," tambahnya.

"Saya terus memberikan semangat kepada pemain-pemain untuk terus bermain dengan cemerlang dan Kedah berjaya meraih kemenangan," kata Marcote.

"Jika pemain-pemain memiliki keyakinan, mereka telah berjaya mempamerkan persembahan yang cemerlang."

kredit: Kedah FA