Kelantan belum angkat bendera putih  

Oleh Staff Writer 23 September 2017
Kelantan belum angkat bendera putih  
Pengendali Kelantan, Zahasmi Ismail, menegaskan tiada istilah berputus asa dalam dirinya apabila tetap bertekad untuk memastikan pasukannya kekal dalam saingan Liga Super musim depan.
 

Kelantan tampak berada dalam kedudukan bahaya tersingkir ke Liga Perdana susulan kekalahan 3-0 kepada juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT), Rabu lalu.
 
Menghuni tangga ketiga tercorot liga, Kelantan dipisahkan hanya dsesatu mata daripada zon penyingkiran liga dengan saingan berbaki dua perlawanan.
 
Zahasmi mengakui kesukaran tetap menanti dalam pertemuan menentang PKNS FC dan Melaka United, namun percaya terhadap kemampuan pemainnya untuk mencapai misi kekal dalam Liga Super.

"Kami akan tetap mencuba sehingga keputusan terakhir. 

"Bagi saya, apa-apa pun boleh berlaku dalam bola sepak," katanya. 
 
Bagaimanapun, Zahasmi tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya terhadap prestasi pemain import Kelantan yang diakuinya seolah-olah tidak membantu pasukan.

"Saya nak cakap apa lagi? Itu yang kita ada, itulah yang berlaku.

"Saya berasa kecewa."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen