JDT 1 PAHANG 0

Johor Darul Ta'zim (JDT) mengukuhkan kedudukannya dengan berkelebihan 11 mata di tangga teratas selepas menewaskan pesaing terdekat, Pahang, 1-0 dalam Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam ini.


Tuan rumah selesa menguasai perlawanan sehingga memperoleh jaringan awal menerusi Hariss Harun pada minit ke-18.

Walaupun selepas itu Pahang menggandakan usaha, tiada apa yang mampu dilakukan dan keputusan itu kekal sehingga wisel penamat.

Sebaliknya, pelawat terpaksa bermain dengan 10 orang apabila Muhammad Safuwan Baharudin dilayangkan kad merah pada minit ke-69, sekali gus menambah kesukaran mereka untuk memburu gol penyamaan.

JDT kini mengumpul 35 mata sementara Pahang yang berada di kedudukan kedua berkongsi 24 mata dengan Perak dan Kedah yang masing-masing menghuni tangga ketiga dan keempat.

Keputusan hari ini:

Liga Super

KELANTAN 0 KEDAH 1
JDT 1 PAHANG 0

Liga Perdana

FELDA UNITED 3 TERENGGANU II 2
JDT II 1 PDRM 0
UKM FC 2 FELCRA FC 0