Indra Putra mahu terus beraksi secara kompetitif

Oleh Staff Writer 14 Julai 2019 2882
Indra Putra mahu terus beraksi secara kompetitif
Penyerang veteran Kuala Lumpur, Indra Putra Mahyuddin, ingin beraksi secara kompetitif setahun lagi sebelum mula memikirkan tentang kejurulatihan atau persaraan,

Nama Indra Putra dalam arena bola sepak negara tidak perlu diperkenalkan, memandangkan dia antara pemain senior yang masih bertahan dalam kancah Liga Malaysia.

Walaupun berada bersama pasukan tercorot Liga Super, ia tidak mematahkan semangat penyerang berusia 37 tahun itu untuk terus beraksi setahun lagi.

"Saya masih lagi mahu terus bermain dalam tempoh setahun lagi. Mungkin selepas itu saya akan beralih ke bidang kejurulatihan. Buat masa ini, saya akan terus berkhidmat bersama Kuala Lumpur," katanya.

Sementara itu, penyerang kelahiran Ipoh, Perak itu berjaya menjadi pemain pertama menjaringkan 100 gol dalam Liga Super sejak dilancarkan pada 2004.

"Dengan penghargaan yang diberikan oleh pihak penaja dan FAM, ia merupakan satu kebanggaan bagi saya selepas mengharungi karier sebagai pemain bola sepak selama 12 tahun ini."

Bekas pemain kebangsaan itu menjaringkan gol ke-100 peribadinya ketika menentang PKNS di Shah Alam, April lalu.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen