Harap Matyo bersabar -- Dollah

Oleh Staff Writer 8 Februari 2019 13270
Harap Matyo bersabar -- Dollah
Jurulatih Pahang, Dollah Salleh, mengakui dalam dilema untuk menyenaraikan kesebelasan terbaik bertemu Terengganu FC (TFC) dalam aksi Liga Super malam esok setelah semua pemainnya memberi komitmen tinggi bersama skuad Tok Gajah.

Pahang berada dalam momentum terbaik selepas meraih kemenangan 3-1 dalam aksi pembukaan berdepan Kuala Lumpur.

Dalam aksi tersebut, penyerang tempatan, Norshahrul Idlan Talaha, tidak diturunkan apabila Dollah menguji trio yang dibarisi Dickson Nwakaeme, Mohamadou Sumareh, dan Saddil Ramdani.

Kesungguhan serta keazaman yang dipamerkan setiap pemain dalam sesi latihan menyukarkan Dollah untuk memilih barisan terbaik bagi menghadapi perlawanan dalam saingan Liga Super.

"Saya tidak tahu untuk memilih mana-mana pemain yang harus beraksi dalam kesebelasan utama kerana mereka mempamerkan komitmen yang tinggi dalam sesi latihan," kata Dollah.

Menjelang pertemuan berdepan TFC, kehadiran Lee Andrew Tuck dan Syamim Yahya dalam skuad bimbingan Irfan Bakti Abu Salim itu mampu menghadirkan ancaman di Stadium Darulmakmur.

"Saya menjangkakan Lee Tuck akan turun memperkuat TFC dan kami telah berusaha untuk memperkemaskan corak bertahan bagi meneruskan momentum bagi meraih tiga mata di laman sendiri."
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen