Hamidin pilihan PJBM, penganalisis bola sepak 

Oleh Staff Writer 12 Jun 2018 1487
Hamidin pilihan PJBM, penganalisis bola sepak 
Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), B. Sathianathan, secara terbuka menyatakan sokongan persatuan itu terhadap Datuk Hamidin Mohd Amin sebagai presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam konges persatuan itu, bulan depan.

Bagi Sathianathan, dia turut mengenali rapat seorang lagi calon presiden, Tan Sri Annuar Musa, berlandaskan pengalamannya selaku bekas jurulatih Kelantan dari 2009 hingga 2011.

Namun, beliau berasakan bekas presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) itu sukar memberi tumpuan terhadap bola sepak jika menerajui FAM ketika ini.

Oleh itu, PJBM melontarkan sokongannya kepada Hamidin.

"Beliau membawa Kelantan ke puncak bola sepak di negara kita. 

"Beliau ada idea tetapi saya rasakan, seseorang presiden itu perlu bersedia sepenuh masa. 

"Saya dan PJBM dengan sebulat suara mahukan Hamidin untuk menjadi presiden FAM," ujarnya.

Turut menyuarakan sokongan ialah pemerhati bola sepak yang juga bekas pemain negara, Asmawi Bakiri.

Meskipun mengakui Annuar berkebolehan mentadbir FAM, Asmawi berasa Hamidin adalah calon lebih sesuai ketika ini.

"Mugkin lebih daripada segi pengalaman, Hamidin boleh bersaing dengan Annuar. 

"Tetapi daripada segi hal pengurusan bola sepak yang lebih teratur, kita dapat lihat Hamidin memiliki kelebihan untuk bekerjasama dengan ahli-ahli gabungan dalam FAM," kata Asmawi. 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen