Penjaga gol utama Perak, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy, belum membuat keputusan tentang masa depannya.

Walaupun The Bos Gaurus dikatakan akan mengekalkan khidmat pemain itu, tetapi Khairul Nizam juga difahamkan menerima tawaran daripada sebuah pasukan di selatan tanah air.

"Setakat ini belum ada kepastian ke manakah haluan saya. Tengoklah macam mana kelak," katanya.

Sikap membisu pengurusan pasukan menyebabkan timbul pelbagai spekulasi mengenai kedudukan pemain.

Bagaimanapun, menurut sumber Seladang dijangka mengekalkan majoriti pemain musim 2019 serta menerima muka baru daripada pasukan lain.