Fauzi Roslan, Faizal Mohammad sah milik Melaka United

Oleh Staff Writer 16 November 2016 1101
Fauzi Roslan, Faizal Mohammad sah milik Melaka United
Laman rasmi Melaka United Football Club (MUFC, hari ini mengeluarkan kenyataan mengenai pertemuan jurulatih baru, Eric Williams, dengan pemain-pemain baru Melaka United, yang telah sah bersama pasukan berkenaan untuk menghadapi saingan Liga Super 2017.

Turut hadir dalam pertemuan itu, pengurus pasukan Melaka United, Datuk Wira Yusoff Mahadi.

Yusoff turut mengalu-alukan kehadiran pemain baharu bagi meneruskan aksi dalam saingan Liga Super.

Beliau juga ingin memastikan skuad kendalian Williams akan terus berjaya dan memberi aksi terbaik apabila Liga Malaysia membuat sepak mula Januari depan.

“Williams diharap akan membawa kejayaan yang amat bermakna bagi pasukan dan berharap pemain dapat memberi kerjasama yang baik,”kata kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak MUFC.

Antara pemain tempatan yang telah sah akan berkhidmat untuk Melaka United musim depan ialah Fauzi Roslan yang merupakan bekas pemain sayap Pahang dan bekas ketua pasukan PDRM FA, Mohd Faizal Mohammad.

Mereka dijangka akan bertemu Presiden MUFC, Dato Seri Utama Idris Haron, minggu depan bagi menandatangani kontrak bersama Melaka United.

Kredit Imej : Laman Facebook rasmi MUSA

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen