Persatuan Bolasepak Selangor (FAS)​ terus mengorak langkah dalam misi mengangkat martabat bola sepak Selangor apabila melakukan tranformasi yang disertai pemain dan pengurusan demgan menandatangani dokumen dan ikrar intergriti bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di ibu negara, hari ini.

Ia langkah serius dalam usaha mereka membanteras sepenuhnya gejala rasuah dalam sukan bola sepak negara ini.

Majlis berkenaan dihadiri Presiden FAS, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah, serta ahli jawatankuasa dan pasukan yang bertanding di bawah naungan FAS.

Ikrar bebas rasuah itu menekankan ikrar dan janji oleh barisan kepimpinan dan warga persatuan secara sukarela agar individu yang melafazkan ikrar tersebut lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas dan menjauhkan diri daripada perlakuan rasuah.

Ini kali kedua lafaz ikrar FAS membabitkan SPRM diadakan selepas 2017 dalam memastikan Selangor di bawah kepimpinan baru lebih komited untuk menjulang bola sepak Selangor.