Faris gembira nikmati puasa di Malaysia

Oleh Staff Writer 15 Jun 2018 4336
Faris gembira nikmati puasa di Malaysia
Bermain pada bulan Ramadan lalu bagi saingan Liga Super jelas memberi cabaran buat setiap pemain untuk mengharunginya, namun pemain sayap PKNS FC dari Singapura, Faris Ramli, dapat menyesuaikan diri untuk beraksi ketika menjalani ibadah puasa.

Faris bersyukur dapat fokus berpuasa dan dalam masa sama beraksi selaku pemain profesional di pentas Liga Super kerana waktu sepak mula di Malaysa ialah pada 10 malam berbanding 7.45 malam jika di Singapura.

"Perlawanan di Singapura dulu dimulakan pada jam 7.45 malam, jadi kami hanya dapat berbuka kurma sebelum terus memulakan sesi memanaskan badan. Ia berbeza dengan di sini, di mana kami berpeluang untuk menikmati juadah," katanya.

Faris turut mengakui ia lebih sukar dan mencabar buat pemain beragama Islam untuk beraksi dalam bulan Ramadan.

Tahun ini juga adalah musim pertama buatnya beraksi sebagai pemain import di Malaysia dan dia muncul antara pemain paling konsisten PKNS.

Justeru, dia hanya menyambut Aidilfitri di Singapura pada hari raya pertama sebelum kembali menjalani latihan bersama PKNS untuk aksi liga berdepan Kelantan di Kota Bharu pada 19 Jun nanti.

"Memang ada rasa kecewa tetapi inilah bola sepak. Saya bersyukur dapat menikmati raya walaupun hanya sehari."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen