Falsafah baru akan bantu Terengganu -- Tuck

Oleh Staff Writer 11 Julai 2019 670
Falsafah baru akan bantu Terengganu -- Tuck
Kapten Terengganu, Lee Tuck, percaya falsafah baru skuad Peteh itu mampu memastikan kemenangan ke atas Pahang dalam perlawanan Liga Super di Kuala Terengganu malam esok, sekali gus mencerahkan peluang untuk muncul tiga pasukan terbaik musim ini.

Terengganu memaparkan aksi memberangsangkan sejak Mohd Nafuzi Mohd Zain mengambil alih tugas ketua jurulatih daripada Irfan Bakti Abu Salim.

Semenjak itu, mereka hanya tewas satu daripada tujuh perlawanan terakhir.

Momentum itu ditagih ketika berdepan Pahang dan Tuck, selaku kapten pasukan, berharap ia mampu dikekalkan berdasarkan falsafah yang diterapkan jurulatihnya itu.

"Saya tidak fikir ia satu masalah.

"Kami memahami falsafah dan cara permainannya.

"Kami memiliki barisan kejurulatihan yang baik di sini.

"Kami sudah membuktikannya ke atas Kedah dan kami bermain dengan menyedari tangungjawab masing-masing di atas padang.

"Kami hanya perlu mengekalkannya dan tidak perlu mengubah banyak perkara.

"Harap-harap ia akan berpihak kepada kami malam esok," katanya.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen