DNA Bola Sepak Malaysia: PJBM boleh jadi komponen utama 

Oleh Staff Writer 6 Ogos 2019 74
DNA Bola Sepak Malaysia: PJBM boleh jadi komponen utama 
Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), B. Sathianathan, mengakui persatuan itu perlu memainkan peranan penting sebagai antara penggerak utama terhadap usaha Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menjayakan DNA Bola Sepak Malaysia.

Pelan falsafah itu dilancarkan sebagai rujukan dalam memahami corak permainan mengikut acuan bola sepak seperti yang dihajati badan induk berkenaan. 

Ia juga menjadi manifestasi bola sepak negara yang turut merangkumi sistem kejurulatihan yang seragam yang merentasi semua peringkat usia.

Menyedari DNA itu seharusnya menjadi garis panduan kepada semua jurulatih di negara ini, jurulatih Selangor itu menganggap kerjasama di antara FAM dan PJBM sebagai langkah tepat untuk merealisasikan wawasan berkenaan.

"Kami juga bertindak sebagai sebahagian daripada pasukan teknikal FAM.

"Secara teknikalnya, barisan kejurulatihan berpengalaman memberikan maklum balas untuk pembangunan bola sepak Malaysia," katanya ketika ditemui selepas Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, mengadakan kunjungan hormat ke PJBM bagi menyempurnakan pelancaran laman sesawang baru persatuan itu di Kelana Jaya, hari ini. 

PJBM akan mengadakan seminar kepada 935 ahli mereka untuk menerangkan DNA bola sepak negara dan Peta Hala Tuju FAM F:30 dalam masa terdekat.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen