Kesebelasan utama UiTM FC semakin terserlah selepas beberapa aksi persahabatan di Thailand yang memberi keyakinan kepada Frank Bernhardt untuk memperoleh kemenangan pertama, 29 Februari depan.

Aksi Liga Super 2020 bakal menyaksikan UiTM membuka tirai perlawanan menentang Melaka United di Shah Alam.

Sebagai persiapan mencari kemenangan pertama mereka, UiTM menjalani kem latihan serta beberapa aksi menentang kelab tempatan di Thailand selama tujuh hari.

Kem latihan itu membuahkan hasil buat pengendali dari Jerman itu apabila mempunyai gambaran untuk kesebelasan utama yang bakal diturunkan dalam perlawanan pertama mereka.

"Ada pemain yang sudah mula menyesuaikan diri dengan pasukan.

"Saya semakin mendapat gambaran mengenai kesebelasan utama.

"Saya agak positif ketika ini," katanya.

Bagaimanapun, Bernhardt tidak menafikan kekuatan dan pengalaman pemain Melaka mampu menjadi ancaman buat pasukannya.

"Semua pasukan yang bakal dihadapi adalah mantap-mantap belaka.

"Kami perlu bekerja keras dan beraksi sehabis baik.

"Apa sahaja keputusannya akan diketahui kelak."

Editor: Shaiful Shamsudin