Azraai ganti Steinebrunner?

Oleh Staff Writer 24 Februari 2018 976
Azraai ganti Steinebrunner?
Masa depan jurulatih Negeri Sembilan, Jorg Steinebrunner, berkemungkinan dalam pemerhatian Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) selepas mereka tewas tiga kali dalam empat perlawanan Liga Super.

Negeri Sembilan sekadar merekodkan satu kemenangan dan menghuni tangga kesembilan sementara kelibat bekas pengendali Kelantan dan Negeri Sembilan, Azraai Khor Abdullah, kelihatan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, semalam ketika pasukan itu mengalami kekalahan terbaru 2-1 di tangan Terengganu FC (TFC).

Azraai enggan memberi sebarang komen mengenai kehadirannya di sana, sebaliknya berkata hanya menonton perlawanan itu kerana melawat keluarga di Seremban.

Bagaimanapun, difahamkan Azraai sebelum ini turut hadir di Paroi ketika skuad Jang berdepan Kuala Lumpur, 7 Februari lalu.

Steinebrunner berkata dia menyerahkan masa depannya kepada pihak pengurusan PBNS tetapi berasakan terdapat peningkatan dalam pasukannya berbanding aksi dengan Melaka United sebelum ini.

"Dalam bola sepak, jika mereka tidak mahukan kamu lagi, kamu perlu berhenti. Tetapi kami sedar Liga Super adalah pertandingan bola sepak yang berbeza.

"Saya melihat kami bersaing baik dan saya fikir kalau kami terus bekerja seperti ini, bersaing seperti ini, kemungkinan akan mendapat hasilnya," katanya.
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen