Ketua jurulatih Perak, Mehmet Durakovic, berkata penjaga gol Melaka, Khairul Fahmi Che Mat, bertindak cemerlang sehingga menyelamatkan sekurang-kurangnya tiga percubaan bahaya pasukannya dalam aksi Liga Super di Ipoh, semalam.

Katanya, "Perak sungguh bergaya dalam 90 minit, namun kecekapan Apek dan barisan pertahan Melaka berjaya mematahkan percubaan yang sepatutnya dapat menghasilkan gol. Memang sukar untuk melepasinya.

"Rugi kerana ini peluang untuk merapatkan jurang mata dengan pendahulu liga, Johor Darul Ta'azim (JDT) tetapi keputusan seri 1-1 malam ini ideal untuk kedua-dua pasukan," ujarnya

Sementara itu, pengendali Melaka, E. Elavarasan, memuji prestasi penjaga gol, Khairul Fahmi, yang bertindak cemerlang menafikan beberapa percubaan Perak.

"Khairul bertindak cemerlang. Pengalamannya nyata membantu dan mengelakkan kami dibolosi dengan serangan bertali arus Perak, terutama dalam separuh masa kedua," ujarnya