Sokongan padu keluarga, rakan sepasukan bantu Helmi

Oleh Staff Writer 20 Mei 2018 450
Sokongan padu keluarga, rakan sepasukan bantu Helmi
Pemain tengah UKM FC, Helmi Hariri Ibrahim, mengambil masa selama dua bulan untuk memulihkan kembali semangat yang hilang apabila kini hanya mampu berkerusi roda setelah disahkan lumpuh pada Disember tahun lalu.

Helmi kini disahkan lumpuh daripada paras pinggang hingga ke kaki akibat jatuh daripada pokok pada tahun lalu. 

Ternyata, bukan mudah untuk individu berusia 23 tahun itu menerima hakikat bahawa dirinya kini berkerusi roda sehingga terpaksa melupakan karier sebagai pemain bola sepak sebelum musim 2018 bermula.

Namun, sokongan daripada ahli keluarga dan rakan sepasukan berjaya mengembalikan semangat untuknya meneruskan kehidupan sebagai pelajar tahun akhir jurusan pendidikan sukan. 

"Disebabkan keluarga dan rakan-rakan sentiasa melawat dan memberikan sokongan, saya meneruskan pelajaran dan menggagahkan diri. Apa yang saya ada, saya guna," katanya.

Walaupun tidak lagi bergelar pemain bola sepak, namun Helmi bersyukur apabila pengurusan UKM FC tidak menamatkan kontraknya bersama pasukan dan sesekali turun ke stadium memberi sokongan kepada mereka.

"Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada jurulatih serta pihak pengurusan. Buat pemain-pemain, saya ucapkan selamat maju jaya, semoga tahun ini lebih bermakna berbanding tahun lalu," katanya.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen