SELANGOR UNITED 2 JDT II 2

Penguasaan Johor Darul Ta'zim II (JDT II) dalam Liga Perdana kian goyah selepas terikat 2-2 dengan Selangor United di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, sebentar tadi.


Meskipun tonggak skuad negara, Syamer Kutty Abba, meledak jaringan pada minit ke-21 susulan kegagalan Selangor United menyempurnakan sepakan penalti tiga minit sebelum itu, Raslam Khan Abdul Rashid memastikan pasukan dari Selangor itu bangkit sebanyak dua kali untuk mengikat kedudukan dalam babak kedua.

Raslam menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-59 sebelum pemain gantian, Mohammed Ghaddar, kembali meletakkan Harimau Selatan di depan pada minit ke-68.

Bagaimanapun, Raslam memastikan skuad kendalian Abdul Talib Sulaiman itu tidak pulang tangan kosong sebaik kembali mengikat kedudukan pada minit ke-86

Dengan keputusan itu, JDT II, yang mengumpulkan sebanyak 25 mata, kini hanya berkelebihan dua mata di depan pasukan di tangga kedua, UiTM FC, manakala Selangor United di tangga ketujuh dengan 15 mata.

Keputusan lain:

NEGERI SEMBILAN 1 TERENGGANU FC II 0