Sarawak umum Ian Andrew Gillan sebagai pengendali baharu 

Oleh Rudi Affendi Khalik 2 Disember 2017 10764
Sarawak umum Ian Andrew Gillan sebagai pengendali baharu 
Seperti yang diduga, Sarawak memilih bekas penolong jurulatih Kedah, Ian Andrew Gillan, sebagai ketua jurulatih barunya.

Keputusan itu diumumkan Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak, Datuk Posa Majais, hari ini sebagai usaha mengukuhkan pasukan Sarawak dalam menghadapi  kempen Liga Malaysia (Liga M) musim 2018.

"Gillan, jurulatih kelahiran Australia berusia 52 tahun, akan menandatangani kontrak selama dua tahun bersama-sama skuad Bumi Kenyalang dan turut memikul tanggungjawab sebagai Pengarah Kejurulatihan bagi menggantikan Abdol Wahet Uji," katanya.

Dengan pengalaman luasnya, Gillan diyakini mampu meningkatkan semula prestasi Sarawak dan mencipta perubahan kepada pasukan muda ini.

Gillan berpengalaman memimpin kelab Penrith Napean United, Australia pada 2009 dan Perth Glory FC, Australia (2013) sebelum bersama Kedah dan musim ini bersama kelab Ilocos United FC di Filipina.

Kedudukan terkini Pengiran Bala tidak didedahkan manakala S. Veloo akan menyertai kem Pulau Pinang.

Tentang Penulis

Rudi Affendi Khalik

Komen