Sabah akan tukar pemain import?

Oleh Willie Jude 4 Mei 2018 4301
Sabah akan tukar pemain import?
Pengendali Sabah, Jelius Ating, mempertimbangkan untuk membawa masuk pemain baru apabila jendela perpindahan pemain dibuka bulan ini.

Katanya, sebarang tindakan yang boleh memantapkan pasukan wajar dilakukan sekiranya ada peluang.

Difahamkan, kontrak dua pemain import dari Korea Selatan, Heo Jaenyong dan Lee Gil Hoon, yang akan tamat bulan ini adalah antara faktor mereka mempertimbangkan perkara berkenaan.

"Saya bukan cakap Heo dan Lee tidak bermain bagus, cuma kalau ada pemain yang lebih bagus daripada mereka, saya fikir wajar untuk pertimbangkan membawa masuk pemain baru.

"Lagipun kontrak mereka akan tamat bulan ini dan kebetulan pintu perpindahan pemain juga dibuka. Maknanya ada peluang dan ruang untuk membuat sesuatu bagi memantapkan lagi pasukan," katanya ketika ditemui di Kota Kinabalu, kelmarin.

Mengenai prestasi merudum pasukan yang gagal menang tiga perlawanan terakhir, Jelius berkata perkara itu juga menyumbang idea untuk mendapatkan pemain baru.

"Apapun, ia adalah perkara biasa dalam bola sepak bahawa ada masanya prestasi pasukan merosot atau perancangan tidak menjadi. Bagaimanapun, isunya di sini adalah bagaimana untuk bangkit semula.

"Kami belum kembali kepada prestasi sebenar tetapi pasukan telah menunjukkan peningkatan ketika  seri 1-1 dengan JDT II (di Stadium Likas) pada Selasa lalu. Saya harap pasukan akan mendapat semula rentak terbaiknya kerana masih ada 10 perlawanan dalam pusingan kedua," katanya.

Sabah menamatkan menamatkan pusingan pertama di tangga ketiga selepas mengumpul 14 mata daripada 10 perlawnan dengan rekod tiga menang, lima seri dan dua kekalahan.

Tentang Penulis

Willie Jude

Komen