Peter bakal terajui SAFA

Oleh Willie Jude 8 Disember 2018 1050
Peter bakal terajui SAFA
Datuk Peter Anthony mengumumkan akan menerajui Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) bagi menggantikan Alijus Sipil yang meletakkan jawatan, baru-baru ini.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah membuat pengumuman itu ketika berucap sempena pelancaran Liga Bola Sepak Kadazan Dusun Murut Malaysia (KDMM) 2018-2019 di Kompleks Sukan Keningau, petang tadi.

Peter berkata beliau telah diberikan mandat oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, untuk mengambil-alih SAFA walaupun sebelum ini beliau berasakan ia satu tugas berat.

"Selepas Alijus meletakkan jawatan, ada beberapa calon dinamakan, termasuk saya.

"Saya tidak menafikan ia satu tanggungjawab yang besar, namun saya menerimanya demi kemajuan bola sepak Sabah.

"Kami akan bertindak secepat mungkin, termasuk melihat perlembagaan yang terkandung dalam SAFA serta Pesuruhjaya Sukan Negeri dan sekiranya ia berjalan lancar, kami akan membentuk jawatankuasa baru dengan segera," katanya.

Tentang Penulis

Willie Jude

Komen