Perjanjian persefahaman melibatkan PDRM FA serta pemain dan jurulatih untuk pembayaran berperingkat merujuk kepada tunggakan gaji musim lalu kini mencapai 90 peratus persetujuan.

PDRM mengesahkan 90 peratus sudah bersetuju untuk melangsaikan pembayaran gaji tertunggak secara berkala selepas pembentangan pelan kewangan pasukan itu kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kelmarin.

Ia akan dilakukan bermula bulan ini dan tidak menolak kemungkinan jadual pembayaran melanggar tarikh akhir yang diberikan FAM, 31 Januari ini.

"Tiada masalah kerana itu tujuan yang mahu dicapai kami dan pemain. Mereka juga bersetuju kerana kebanyakannya faham dengan keadaan pasukan.

"Pemain yang berada di luar negara, kami masih belum dapat menghubungi mereka," kata Setiausaha Kehormat PDRM FA, Datuk Zulkefly Yahya.

Dalam masa sama, PDRM turut menerima tajaan baru daripada syarikat telekomunikasi, Red One, sekali gus membantu dalam proses pembayaran hutang lapuk yang dijadualkan dibayar secara berperingkat.

"Kami sedang merancang untuk mengambil pemain tempatan dan import berdasarkan gaji yang sepadan."



Editor: Nafis Abdullah