PDRM meletakkan sasaran untuk layak ke Liga Super musim depan selepas merekrut beberapa pemain baru.

Antaranya adalah pemain sayap import dari Perancis, David Manga, dan bekas pemain Pahang dan Johor Darul Ta'zim (JDT), R. Gopinathan.

Bekas pemain remaja Paris Saint-Germain (PSG) itu tiba di Malaysia semalam dengan disambut pihak pengurusan PDRM.

"Agak mengagumkan apabila dia telah bermain dalam 200 perlawanan sepanjang kariernya.

"Dia juga kerap beraksi dengan skuad kebangsaan Kenya walaupun memegang kerakyatan Perancis.

"Berdasarkan latar belakang itu, saya berasakan dia merupakan calon terbaik.

"Insya-Allah, dengan penambahbaikian ini, saya akan memastikan PDRM layak ke Piala Malaysia dan seterusnya ke Liga Super," kata pengurus PDRM, Datuk Kamarul Ariffin Mohd Shahar.

Manga menambah: "Saya mahu merasai pengalaman di negara baru kerana saya banyak berkelana sepanjang karier saya.

"Saya masih muda dan saya fikir mampu menghasilkan sesuatu bersama PDRM."