PDRM 1 SARAWAK 0

PDRM meraih kemenangan 1-0 ke atas Sarawak dalam aksi Liga Perdana yang berlangsung di Stadium Shah Alam, sebentar tadi.


The Cops turun ke dalam perlawanan itu tanpa khidmat pertahanan import, Argzim Redzovic, yang digantung perlawanan kerana dilayangkan kad merah ketika bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT), 8 Jun lalu.

Bagaimanapun, skuad kendalian Zulhamizan Zakaria itu berjaya mengatasi kekurangan berkenaan untuk merakamkan kemenangan ke atas Sarawak.

Pemain tengah, Shahurain Abu Samah, menyumbangkan gol kemenangan pada minit ke-33 buat PDRM dan memastikan tiga mata diperoleh.

Kemenangan ini menyaksikan PDRM menghuni tangga ketiga Liga Perdana selepas mengharungi 15 perlawanan.

Keputusan lain:

JDT II 2 PULAU PINANG 1