KAFA, MQ Technology sepakat terajui Kelantan musim depan

Oleh Staff Writer 30 Ogos 2019 945
KAFA, MQ Technology sepakat terajui Kelantan musim depan
"Tunggakan gaji sebanyak RM6.2 juta akan selesai pada Jun 2020."

Jaminan itu disuarakan Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, untuk membebaskan persatuan itu daripada belenggu isu itu sejak 1998.

KAFA akan membuat pembayaran secara berperingkat bagi melancarkan proses pelesenan kelab yang perlu diselesaikan sebelum 31 Oktober depan dengan membuat pembayaran pertama berjumlah RM400,000 pada 15 September ini. 

Ini kerana mulai musim 2020, semua pasukan Liga Perdana diwajibkan mempunyai lesen kelab

"Kami tidak perlu bayar semua sekali (sekali gus), begitu juga yang membabitkan pemain dan jurulatih. 

"Semua pemain (yang terlibat) telah dikemukakan jadual (pembayaran) dan mereka telah pun bersetuju," jelas Wan Abdul Rahim yang ditemui dalam Majlis Menandatangani Perjanjian Penajaan dan Penyerahan Cek RM3 juta oleh MQ Technology Bhd dengan KAFA, di Kota Bharu, hari ini. 

Perjanjian itu juga serentak dengan penubuhan Syarikat The Red Warriors Sdn Bhd yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan pasukan Kelantan musim depan.

"Dengan adanya perjanjian yang dibuat hari ini, pihak KAFA akan memegang sebanyak 30 peratus saham Syarikat The Red Warriors Sdn Bhd dan MQ Technology pula 70 peratus. 

"Pihak MQ Technology akan membawa (melantik) tiga ahli lembaga pengarah manakala dua orang daripada KAFA. 

"Lima orang inilah yang akan menguruskan pasukan bola sepak negeri Kelantan pada 2020," katanya lagi. 
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen