Bekas pemain MU ingin tabur pengalaman dalam Liga M

Oleh Hairi Yahaya 22 Mei 2018 6287
Bekas pemain MU ingin tabur pengalaman dalam Liga M
Bekas penggempur hebat kelab Manchester United (MU), Andrei Kanchelskis, berminat dan bersedia untuk memberi tunjuk ajar kepada mana-mana pasukan dalam Liga Malaysia (Liga M) yang mahukan khidmatnya.

"Saya tidak tahu banyak mengenai bola sepak Malaysia. Cara berfikir dan budaya bola sepak di sini mungkin berbeza daripada di Eropah.

"Tetapi sebagai bekas pemain, ini adalah satu cabaran baru. Oleh itu, timbul minat untuk saya berkongsi gaya bola sepak sebenar," ujar Kanchelskis yang ditemui di Ipoh, malam tadi.

Selain mengendalikan akademi bola sepak di Russia, Kanchelskis juga adalah naib pengerusi World Charitable Foundation, sebuah yayasan yang mengumpul dana untuk pemain bola sepak yang terlibat dengan kemalangan maut, terutama dalam nahas udara.

"Ini kali kedua saya datang ke Malaysia. Saya suka suasana di sini, nyaman dan orangnya bagus," ujar Kanchelskis yang sempat melayani peminatnya, malam tadi. 

Kanchelskis pernah beraksi selama empat musim di bawah pengendalian Sir Alex Ferguson di samping legenda MU, Eric Cantona.

Tentang Penulis

  Hairi Yahaya

Komen