Ashari kembali ke pangkuan Terengganu

Oleh Tengku Danish Bahri 14 Disember 2017 12246
Ashari kembali ke pangkuan Terengganu
Bekas tonggak pasukan kebangsaan, Mohd Ashari Samsudin, kembali memperkuatkan negeri kelahirannya dengan menyarung jersi Terengganu FC (TFC) bagi saingan 2018.

Ashari, 32, menandatangani kontrak setahun di Pejabat Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), hari ini, sekaligus melengkapkan senarai 21 pemain tempatan skuad Sang Penyu.

Pengendali TFC, Irfan Bakti Abu Salim, bagaimanapun, menuntut kerja keras pemain yang dikenali sebagai ‘The Silent Killer’ itu meskipun sudah mengenali corak permainannya.

Irfan menegaskan tiada jalan mudah buat mana-mana pemain di bawah bimbingannya untuk berada dalam kesebelasan utama TFC.

“Kehadiran Ashari akan menambah sengat jentera serangan TFC, namun dia perlu berjuang habis-habisan memburu tempat dalam pasukan,” ujarnya.

Memulakan karier bersama Terengganu sejak 2003, Ashari menjadi tonggak utama pasukannya, termasuk di bawah kendalian Irfan pada 2011 dan 2011.

Prestasi merudum sepanjang musim 2016 menyaksikan Terengganu tersingkir ke Liga Perdana dan Ashari menyertai pasukan jiran, Pahang.

Kredit foto: Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT)
 

Tentang Penulis

 Tengku Danish Bahri

Komen