Jack Wilshere bersikap terbuka untuk mengubah perancangannya pada musim panas ini selepas terlepas pandang dalam senarai skuad England ke Piala Dunia Russia apabila berjenaka mengenai tawaran percutian ke Zante dari orang yang tidak dikenali di media sosial.

Pemain tengah Arsenal itu tidak muncul untuk skuad Three Lions sejak Kejohanan Euro 2016, begitupun prestasi memberangsangkan musim ini menyaksikan dia di landasan tepat untuk keRussia.

Bagaimanapun, beberapa aksi tidak menentu pada penghujung musim ini telah meyakinkan Gareth Southgate untuk mencari jalan lain.

Wilshere mendakwa bebas memutuskan jadualnya pada musim panas ini sambil berseloroh akan memenuhi undangan seseorang untuk percutian ke Zante.

Di samping dua 'emoji' ketawa, dia berkata di Twitter: "Beritahu saya tarikhnya dan saya bersetuju."

Wilshere meneruskan perbualan itu dengan menambah: "Bolehkah saya bawa bayi bersama?"