Vieira berpotensi jadi pengurus Arsenal, kata Wenger

Oleh Staff Writer 20 April 2018 815
Vieira berpotensi jadi pengurus Arsenal, kata Wenger
Arsene Wenger berkata bekas kapten Arsenal, Patrick Vieira, boleh menjadi pengurus masa depan kelab Liga Perdana Inggeris itu.

Vieira memulakan kerjaya jurulatih sebagai kakitangan Manchester City dan kini bertanggungjawab di New York City FC dalam Liga Bolasepak Utama Amerika Syarikat (MLS) sejak Januari 2016.

Bekas pemain tengah Perancis itu memenangi tiga gelaran Liga Perdana dan tiga Piala FA sepanjang sembilan tahun bersama Arsenal dan sering disebut-sebut sebagai pengganti berpotensi untuk mengambil alih tugas Wenger.

Dan pengurus veteran Arsenal itu --- yang dikhabarkan akan meninggalkan pasukan pada akhir musim ini walaupun masih mempunyai baki kontraknya -- bersetuju Vieira antara yang boleh mengisi kekosongan tugas itu nanti.

"Pada masa ini, dia bekerja di New York dan dia pernah bekerja untuk Manchester City," kata Wenger mengenai Vieira yang sudah menyatakan minatnya untuk kembali ke Arsenal.

"Dia seorang lelaki yang mempunyai potensi suatu hari nanti, ya. Saya telah mengikuti perkembangan kerjaya pengurusannya.

"Saya fikir dia melakukan tugas dengan sangat baik tetapi secara keseluruhan, Liga Perdana ini istimewa.

"Kamu perlu masuk dan terdapat ramai bekas pemain yang pernah bermain di sini yang berpotensi, berpengetahuan dan bijak untuk melakukannya."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen