Manchester United menjana pendapatan terbesar dalam kalangan kelab Eropah pada tahun kewangan 2016, menurut kajian terperinci yang dilakukan oleh Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA).

Gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu, yang saling mencabar jiran, Manchester City, musim ini, menguasai carta itu berbanding wakil LaLiga, Barcelona dan Real Madrid.

Bagaimanapun, laporan prestasi kewangan United turut hadir dengan kaveat yang mencatat hutang bersih tertinggi di benua itu untuk peminat City berhujah mengenai pasukan manakah yang paling unggul dalam kalangan kelab Eropah.


United, kelab paling kaya

- Juara Eropah tiga kali itu menduduki tempat teratas dari segi pendapatan dengan mencatatkan angka €689 juta (RM33.4 bilion), peningkatan sebanyak €169j (RM821j) berbanding 2015.

- Gergasi Catalonia, Barcelona di tempat kedua dalam senarai dengan €620j (RM3b), angka yang dipadankan oleh pesaing El Clasico, Real Madrid.

- Bayern Munich, Paris Saint-Germain dan Manchester City pula merakamkan pendapatan melebihi €500j (RM2.4b).

- Begitupun, Arsenal yang paling banyak menjana kutipan tiket, mencatat €135j (RM656j), dengan Madrid (€132j) dan United (€131m) di tempat kedua dan ketiga.


Tangga gaji EPL terus meningkat

- Buat pertama kalinya dalam rekod, purata gaji kelab EPL adalah dua kali ganda daripada pencabar terdekat, Bundesliga.

- EPL mencapai angka €3,077b (RM14.9b) dengan purata €153.9j (RM748j) oleh setiap pasukan manakala Bundesliga paling hampir dengan jumlah €75.3j (RM365j).

- Dari segi kelab individu, Barcelona membayar gaji tertinggi pada 2016 menerusi jumlah €372j, disusuli United (€321j) dan Madrid (€307j).


Kemewahan City

- Manchester City hampir pasti akan menjulang trofi EPL pada akhir musim ini selepas skuad kendalian Pep Guardiola itu mempunyai aset pemain bernilai antara paling tinggi di Eropah, €362j (RM17.5b) pada 2016.

- Madrid (€334j) menduduki tempat kedua dalam senarai itu, disusuli United (€323j). Sementara itu, skuad Barcelona dengan €202j (RM9.8b) turun di tangga keenam di belakang Chelsea dan Liverpool.

- Hutang United berjumlah €561j (RM27.2b) -- lebih tinggi daripada mana-mana kelab lain -- menyumbang kepada satu pertiga daripada jumlah hutang EPL (€1.525b) sementara purata hutang kelab EPL adalah €76.3j untuk mengatasi Serie A (€63.6j) dan Super Lig Turki (€38j).