United dedah senarai dilepaskan, Mata terima kontrak baru

Oleh Staff Writer 8 Jun 2019 26996
United dedah senarai dilepaskan, Mata terima kontrak baru
Manchester United telah menawarkan kontrak baru buat Juan Mata tatkala Ander Herrera dan Antonio Valencia mengetuai senarai pemain yang meninggalkan pasukan.

Mata yang menyertai United daripada Chelsea pada 2014 dikaitkan dengan perpindahan percuma.

Naun, bekas pemain Valencia dan Chelsea itu ditawarkan peluang untuk menandatangani perjanjian baru oleh United, sekali gus berpeluang untuk terus berkhidmat di Old Trafford.

James Wilson dan Regan Poole yang pernah memperkuatkan skuad utama merupakan antara pemain yang meninggalkan United setelah menghabiskan musim 2018-19 bersama kelab lain secara pinjaman.

United turut mengucapkan selama tinggal kepada Herrera dan kapten, Valencia, setelah kontrak tamat.

Pemain lain yang ikut serta meninggalkan kelab adalah DJ Buffonge, Tyrell Warren, Matty Willock, Callum Whelan, James Thompson, Thomas Sang, Zak Dearnley, Matthew Olosunde, Callum Gribbin, Millen Baars dan Joshua Bohui.

Selain Mata, pemain yang turut ditawarkan peluang untuk kekal adalah Alex Fojticek, Paul Woolston dan Luca Ercolani sambil perjanjian Aidan Barlow turut dilanjutkan.

Semalam, United mengumumkan perjanjian telah dicapai dengan Swansea City bagi pemain sayap Wales, Daniel James, tatkala Ole Gunnar Solskjaer memulakan proses membentuk semula pasukan.
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen