UEFA gantung Manchester City selama dua tahun 

Oleh Shaiful Shamsudin 15 Februari 2020 2231
UEFA gantung Manchester City selama dua tahun 
Manchester City menghadapi masa depan yang tidak menentu dalam saingan Eropah selepas Persatuan Bolasepak Eropah (UEFA) mengumumkan hukuman penggantungan selama dua musim ke atas kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu, malam tadi.

Badan pentadbir bola sepak Eropah itu juga didenda €30 juta (RM134.5j) selepas memutuskan City bersalah atas "pelanggaran serius" terhadap peraturan-peraturan Financial air Play (FFP).

Ia menandakan berakhirnya siasatan yang panjang terhadap pengurusan kewangan City yang disiasat berikutan siri tuduhan yang dibuat oleh penerbitan mingguan Jerman, Der Spiegel, pada November 2018.

City menafikan sebarang salah laku sepanjang proses itu dan mengumumkan hasrat mereka untuk mengemukakan rayuan terhadap hukuman berkenaan. 
 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen