TOTTENHAM 1 NEWCASTLE 0

Mauricio Pochettino percaya Tottenham perlu memenangi gelaran selepas menamatkan saingan dalam kelompok empat terbaik buat kali ketiga berturut-turut.


Harry Kane menjaringkan gol tunggal buat Spurs ketika mengatasi Newcastle United di Wembley dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) semalam, dengan keputusan 1-0 itu memastikan mereka kembali ke saingan Liga Juara-Juara (UCL) musim depan.

Mereka juga menamatkan saingan di atas Arsenal dan Chelsea, menjadikan mereka mengatasi dua kelab London itu buat kali pertama sejak 1995.

Mengharapkan peningkatan ini dilihat sebagai satu perkembangan, Pochettino memahami tekanan yang kini mula beralih untuk merangkul gelaran.

"Langkah pertama adalah bersaing sengit dalam EPL, berada dalam kelompok empat terbaik," katanya.

"Selepas 23 tahun dalam saingan ini, ini merupakan kali pertama Tottenham mengatasi kelab London yang lain.

"Kami perlu memenangi gelaran selepas ini. Ia adalah sasaran kami seterusnya."