Pengurus Ajax, Erik ten Hag, mengesahkan Hakim Ziyech sedia untuk menyertai Chelsea pada akhir musim ini sambil menjangkakan bintang itu sepatutnya berhijrah "satu atau dua tahun lebih awal".

Laporan semalam mengaitikan juara Eredivisie itu dan gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea, sudah mencapai persetujuan secara lisan dengan nilai perpindahan €45 juta (RM202.4j) untuk khidmatnya.

Ziyech bangkit dari bangku simpanan dalam kemenangan 3-0 ke atas KNVB Beker di Vitesse semalam sebelum Ten Hag mendedahkan maklumat mengenai hala tuju pemain antarabangsa Maghribi itu.

"Ziyech akan ke Chelsea dalam jendela perpindahan berikutnya. Kami menjangkakan ia akan direalisasikan," katanya kepada Fox Sports.

"Saya sebenarnya menjangkakan dia akan berhijrah sejak setahun atau dua tahun lalu. Setiap kali dia kekal maka saya berkata: 'Wah, dia masih ada lagi'.

"Kami gembira kerana masih akan memilikinya sehingga akhir musim ini."

Pemain berusia 26 tahun itu telah terlibat dalam 166 gol sejak membuat penampilan pertama dalam kancah Eredivisie pada 2012-13 dengan menyumbang 79 jaringan dan 87 bantuan gol.

Sejak menyertai Ajax daripada Twente pada 2016, Ziyech telah menyumbat 38 gol liga dan secara keseluruhannya merekodkan 48 jaringan dalam semua pertandingan.

Angka 51 bantuan gol dalam kempen Eredivisie pada 2017 membantunya mengatasi rekod 35 kali yang diilhamkan Steven Berghuis, manakala 421 peluang yang diciptanya sejak September 2016 adalah 134 lebih banyak daripada pesaing terdekatnya.

Ten Hag menambah: "Saya tidak terkejut dengan berita mengenai Ziyech, saya tahu anak buah saya sangat popular dengan kelab-kelab besar di Eropah.

"Saya sudah lama mengenali Hakim. Dia mempunyai gambarannya dalam fikiran. Dia mengenali kelab yang menarik perhatiannya.

"Chelsea adalah sebuah kelab yang hebat. Sebaik ia dimeterai, saya berasa sangat gembira bagi pihak Hakim dan saya amat berbangga dengannya."

Editor: Shaiful Shamsudin