Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer, melancarkan pembelaan terhadap penyerang, Anthony Martial.

Martial bergelut mendapatkan sentuhan, dengan hanya menjaringkan satu gol daripada enam penampilannya dalam semua kejohanan -- termasuk berdepan kelab Liga Dua, Tranmere Rovers, dalam aksi Piala FA bulan lalu.

Pemain berusia 24 tahun itu gagal menjaringkan gol ketika United seri tanpa jaringan dengan Wolves dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) tetapi Solskjaer mempertahankan pemain kebangsaan Perancis itu.

"Dia telah memberikan yang terbaik untuk pasukan. Saya berasakan dia telah turun dalam lapan perlawanan bulan ini dan dia telah berlari hampir 20 peratus lebih berbanding sebelum saya mengendalikan United," kata Solskjaer.

"Sama seperti untuk pemain-pemain lain. Ia bukanlah kerana keteguhan mental dan taktikal, ia adalah perkara yang kami sedang usahakan untuk meningkatkan kekuatan fizikal.

"Kami cuba memberikan sokongan kepada Martial, memberikan rehat yang secukupnya kepadanya.

"Saya memuji setiap usahanya. Saya duduk bercakap dengan Martial dan gembira dengan persembahannya. Saya tahu dia agak kepenatan tetapi dia tidak pernah mengelak daripada sesi latihan. Dia berlatih, sentiasa bersedia untuk setiap perlawanan."

Martial telah menjaringkan lapan gol dalam saingan EPL musim ini, 12 dalam semua kejohanan.



Editor: Ammar Hakim