Benteng Arsenal, Sokratis Papastathopoulos, percaya Unai Emery telah menjalankan perkembangan lebih baik dalam musim pertamanya berbanding bekas pengendali seperti Jurgen Klopp dan Massimiliano Allegri.

Bekas pengendali Sevilla, Emery, berpeluang untuk menjuarai Liga Europa buat kali keempat tatkala The Gunners bakal berdepan Chelsea dalam aksi final di Baku, Rabu ini.

Mengatasi skuad bimbingan Maurizio Sarri itu akan menyaksikan Arsenal mengesahkan slot ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan serta jawapan kepada sesetengah kritikan yang dilemparkan kepada pengendali dari Sepanyol itu setelah menduduki tangga kelima Liga Perdana Inggeris.

Pertahanan Greece, Sokratis, memiliki pandangan positif terhadap cara diamalkan Emery dan menyifatkannya sebagai pengurus terbaik yang pernah dia beraksi berbanding ketika bersama Allegri di AC Milan serta Klopp dan Thomas Tuchel ketika mewakili Borussia Dortmund.

"Dia adalah pengurus terbaik dalam karier saya," kata pemain berusia 30 tahun itu.

"Ia disebabkan saya telah meningkat banyak di bawah bimbingannya. Saya bermain lebih pantas berbanding dua atau tiga tahun lalu.

"Saya memikirkan lebih banyak dan melakukan keputusan lebih bagus. Corak kejurulatihannya menjalankan usaha individu buat kami. Anda juga boleh melihatnya kerana jumlah pemain muda yang muncul," katanya.

Sokratis dijangka membarisi kesebelasan utama Azerbaijan sambil Arsenal berusaha untuk melengkapkan kempen setelah mengatasi BATE, Rennes, Napoli dan Valencia dalam pusingan kalah mati.

Mereka menewaskan Chelsea, Januari lalu tetapi menamatkan saingan liga dua mata di belakang The Blues dalam usaha mengejar slot ke Liga Juara-Juara.

"Chelsea adalah pasukan bagus dan memiliki beberapa pemain hebat. Kami menghormati mereka. Kami juga tidak gentar," tambah Sokratis.

"Ia adalah satu perlawanan final. Kami gembira berada di sana. Kami mahu menang dan beraksi dalam Liga Juara-Juara musim depan."