Bintang Liverpool, Mohamed Salah, bersedia untuk berhijrah ke gergasi Eropah, Real Madrid, menurut bekas penyerang Mesir, Mido.

Salah, 25, telah menikmati musim yang luar biasa di Liverpool dengan menjaringkan 40 gol dalam semua pertandingan.

Prestasi itu menyaksikan pemain antarabangsa Mesir berkenaan dikaitkan dengan kelab-kelab besar di Eropah, termasuk gergasi LaLiga, Madrid dan Barcelona.

Mido percaya Salah telah menunjukkan bahawa dia lebih daripada mampu untuk memberikan persembahan baik kepada pasukan seperti Madrid.

"Real Madrid mahukan dia dan kita semua lihat prestasi buruk Gareth Bale dan Karim Benzema dengan 4-4-2," katanya melalui KingFut.

"Saya bimbang Salah mungkin gagal di Liverpool tetapi saya fikir dia sudah bersedia untuk melangkah ke peringkat seterusnya.

"Real Madrid boleh menggunakan kekuatannya," katanya lagi.