Ronaldinho yakin Pogba mampu menangi Ballon d'Or

Oleh Staff Writer 23 April 2018 2089
Ronaldinho yakin Pogba mampu menangi Ballon d'Or
Ronaldinho menyifatkan Paul Pogba mampu memenangi Ballon d'Or dan bintang Barcelona dan Brazil itu menggesanya supaya menghormati Jose Mourinho.

Dilabel dalam kalangan pemain tengah terbaik dunia, Pogba telah membuktikan kualiti yang dimilikinya di Old Trafford tetapi bergelut untuk mempamer aksi konsisten.

Cristiano Ronaldo (Real Madrid) dan Lionel Messi (Barcelona) berkongsi bola emas itu sejak 10  tahun yang lalu.

Tetapi pemenang 2005, Ronaldinho, percaya Pogba mampu memahat namanya sebagai penerima anugerah berprestij itu.

"Dia mampu memenanginyatanpa sebarang keraguan," kata Ronaldinho. 

"Saya melihat dirinya sebagai rakan, saya tidak melihat diri saya sebagai idolanya.

"Dia masih muda, berbakat dan berkebolehan bermain di mana-mana. Seorang pemain yang serba boleh.

"Pogba memiliki kualiti untuk mencipta sejarah," katanya lagi.

Pogba, yang mengumpan gol penyamaan United yang disempurnakan oleh Alexis Sanchez ketika menewaskan Tottenham dalam aksi separuh akhir Piala FA, sering kali disisihkan musim ini dan terdapat laporan menyatakan Pogba dan pengurus, Mourinho, tidak lagi sehaluan.

Pemain berusia 25 tahun itu tidak tampil beraksi dalam kedua-dua aksi pusingan 16 berdepan Sevilla kerana gagal menyerlah di mata Mourinho.

Terdapat spekulasi yang menyifatkan dia bakal meninggalkan United tetapi Ronaldinho percaya pemain kebangsaan Perancis itu mampu mempelajari banyak perkara daripada Mourinho.

"Apabila Mourinho mengarahkan anda untuk berada di bangku simpanan, anda perlu menghormati keputusan itu.

"Banyak ilmu dan pengalaman boleh ditimba Pogba bersama Mourinho -- beliau adalah salah seorang pengurus terbaik di dunia," tambahnya.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen