James Milner menafikan kritikan terhadap Liverpool selepas mereka mencicirkan mata dalam aksi Liga Perdana Inggeris dan berkata mereka gembira berada di takhta liga.

Skuad bimbingan Jurgen Klopp itu diikat 1-1 oleh West Ham kelmarin, sekali gus hanya dibezakan tiga mata dengan Manchester City.

Namun, Milner mengingatkan semua pihak yang meragui kemampuan pasukannya bahawa segalanya masih di bawah kawalan.

"Risau apabila berada di puncak liga dalam bulan Februari? Tidak, saya gembira," kata Milner.

"Jelas sekali kami berada di takhta liga dalam bulan ini. Perjalanan masih jauh, masih banyak perlawanan dan ia getir. Kami hanya perlu meneruskannya.

"Jika seseorang berkata kami selesa dengan kelebihan tiga mata ketika ini, terpulang.

"Sewaktu permulaan musim, ada orang yang berkata City adalah pasukan terbaik pernah disaksikan Liga Perdana Inggeris, jadi berada hampir dengan mereka adalah bagus."

Kritikan membuatkan tekanan kian memuncak buat Liverpool untuk meraih kejuaraan liga yang pertama sejak 1990.

Namun, Milner berkata pasukannya yang akan melayan kunjungan Bournemouth, Sabtu ini dan seharusnya menikmati laluan mereka.

"Kami cuma mahu mengukuhkan permainan kami. Beraksi untuk penyingkiran dan kehidupan serta kerja, itu satu tekanan," tambah Milner.

"Berada di tangga teratas liga, kami patut menikmatinya."