Real Madrid telah menandatangani penyerang Manchester City, Brahim Diaz, dengan kontrak selama enam setengah tahun.

Diaz akan menjalani ujian kesihatan bersama juara Eropah itu hari ini sebelum diperkenalkan di Santiago Bernabeu.

Real telah membayar yuran perpindahan EURO17 juta (RM79 juta) untuk mendapatkan khidmat pemain skuad B-21 Sepanyol itu.

Bintang yang meningkat naik ketika bersama Malaga, Diaz menyertai City pada 2013 dan diberikan penampilan sulung oleh pengurus, Pep Guardiola, pada musim 2016-17.

Diaz telah melakukan 15 penampilan dan menjaringkan dua gol dalam saingan Piala EFL ketika mengatasi Fulham musim ini.

Guardiola memberitahu penyandang juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu telah melakukan segala-galanya untuk memujuk Diaz menandatangani kontrak jangka masa panjang ketika Real mula berminat dengan pemain tersebut.

Bagaimanapun, tarikan untuk menyertai Real ternyata menjadi faktor utama Diaz angkat kaki meninggalkan Stadium Etihad.

Diaz merupakan pemain kedua City yang meningggalkan akademi untuk kelab utama Eropah dalam tempoh 18 bulan, selepas pemain sayap, Jadon Sancho, menyertai Borussia Dortmund pada 2017.

Sejak itu, Sancho telah menyertai skuad senior England selepas mempamerkan kebolehannya beraksi di Signal Iduna Park musim ini.