Rashford, Martial sanjung peranan Van Gaal di United 

Oleh Staff Writer 12 Mac 2019 2436
 Rashford, Martial sanjung peranan Van Gaal di United 
Marcus Rashford dan Anthony Martial mengucapkan terima kasih kepada Louis van Gaal selepas bekas pengurus Manchester United itu mengumumkan persaraannya.

Van Gaal, yang pernah menguruskan Ajax, Barcelona, ​​Bayern Munich, AZ dan Belanda sepanjang karier pengurusannya yang gemilang, mendedahkan hasrat itu dalam rancangan TV Belanda, VTBL.

Pengurus berbangsa Belanda itu memberikan peluang pertama kepada Rashford di United pada Februari 2016 setelah menandatangani Martial daripada Monaco, lima bulan sebelumnya.

Kedua-dua pemain tersebut tampil memberikan penghormatan kepada bekas pengurus mereka itu di Twitter, dengan Rashford menulis: "Terima kasih kerana membuka pintu dan mempercayai saya. Nikmatilah persaraan anda, bos."

Van Gaal memenangi gelaran dalam setiap kelab yang dikendalikannya dan yang paling diingati, kemenangan Liga Juara-Juara (UCL) bersama Ajax ketika mengemudi kelab itu selama enam tahun pada era 90-an selain meraih tiga gelaran Eredivisie dan kejayaan dalam Piala UEFA, Piala Super UEFA dan Piala Antara Benua. 

Dia sempat memenangi dua gelaran LaLiga bersama Barca dalam dua tempoh kendaliannya selain gelaran Eredivisie bersama AZ pada 2009 sebelum meraih tiga kejuaraan domestik di Bayern Munich pada musim berikutnya.

Dia kemudian bertindak sebagai jurulatih negaranya untuk meraih tempat ketiga Piala Dunia 2014, sementara tempoh dua tahun di United berakhir -- dua hari selepas kelab itu memenangi Piala FA 2016.




 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen