Paul Pogba mahu meninggalkan Manchester United dan sedang dalam proses untuk berpindah, kata ejennya, Mino Raiola.

Pogba memberi bayangan dia tidak gembira di Old Trafford bulan lalu dengan berkata kepada wartawan Jepun bahawa dia berminat untuk mencari cabaran baru selepas kepulangan selama tiga tahunnya ke United daripada Juventus.

Kepulangannya ke Juve telah hangat diperkatakan sambil pemain skuad juara dunia Perancis itu turut dikaitkan dengan Barcelona dan Real Madrid.

Raiola, yang membawa pulang Pogba ke United dengan rekod perpindahan termahal dunia pada 2016, tidak mendedahkan haluan terbaru pemain itu, namun apa yang diinginkan Pogba.

"Setiap orang di kelab itu, daripada pengurus hingga pemilik, tahu apa yang Paul mahukan," katanya kepada The Times.

"Semua tahu keinginan Pogba untuk berpindah.

"Kami sedang dalam proses itu.

"Semua orang tahu tentang perasaan Paul," katanya.

Pogba masih belum melaporkan diri dalam latihan pra-musim United walaupun pemain tengah itu diberikan pelepasan oleh pengurus, Ole Gunnar Solskjaer.

United akan memulakan aksi persahabatan menjelang musim 2019-20 dengan mentang pasukan Liga Australia, Perth Glory, Sabtu depan, namun masih tidak jelas sama ada Pogba akan menyertai kunjungan itu atau sebaliknya.

"Saya tidak boleh memberitahu apa-apa. Saya hidup dari hari ke hari," tambahnya.

Persatuan Bolasepak Itali (FIGC) mengenakan penggantungan tiga bulan ke atas Raiola tanpa sebarang alasan kukuh April lalu.

Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) kemudian mengembangkan hukuman itu ke peringkat antarabangsa sebelum menariknya balik bulan lalu.

Ia membuka jalan untuk Raiola memulakan rundingan buat Pogba serta pelanggannya yang lain, termasuk kapten Ajax, Matthijs de Ligt.