Paul Pogba mempamerkan persembahan yang sangat tidak konsisten dan tidak boleh dianggap sebagai seorang ketua buat Manchester United, kata legenda kelab, Paul Scholes.

Walaupun menjaringkan gol menerusi sepakan penalti dalam aksi kedua liga, Pogba gagal mengelakkan United daripada tewas 3-2 di tangan Brighton and Hove Albion, kelmarin.

Pengendali United, Jose Mourinho, menafikan bertegang urat dengan pemenang Piala Dunia itu sebelum perlawanan tetapi Poga mempamerkan aksi yang tidak cemerlang.

Tatkala tekanan kian memuncak terhadap Mourinho susulan aksi bertahan di Brighton, Scholes percaya Pogba perlu menyumbang lebih lagi buat pasukan di masa akan datang.

"Terdapat kekurangan ketua di dalam pasukan, sebab itu Pogba dirasakan sebagai calon ideal untuk memegang status itu tetapi dia tidak layak," kata Scholes.

"Dia mengharungi satu lagi perlawanan yang hambar. Dia sangat tidak konsisten."

Ketiadaan Antonio Valencia menyebabkan Pogba sekali lagi dipilih selaku kapten dan dia mempersoalkan disiplin dalam pasukan selepas kekalahan itu, membuatkan Scholes memberikan reaksi tersendiri.

"Saya berharap agar ia mampu diubah. Tiada apa yang boleh dipertahankan untuk kenyataan sebegitu.

"Anda mengatakan kelemahan itu terhadap diri anda bukan? Anda sering menegaskan tentang disiplin yang tinggi dan ia harus sentiasa dipastikan.

"Anda tidak memerlukan orang lain untuk memberitahunya kepada anda. Anda tidak perlukan pengurus atau rakan sepasukan untuk membuatkan anda sedar."