Liverpool akan bertemu Chelsea dalam pusingan kelima Piala FA seandainya memenangi perlawanan ulangan dengan Shrewsbury Town.

Pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) kendalian Jurgen Klopp itu dikejutkan apabila diikat 2-2 oleh lawan daripada liga divisyen tiga itu awal pagi semalam.

The Reds dijangka mudah untuk memenangi perlawanan ulangan itu di Anfield tetapi akan berdepan ujian mencabar dalam pusingan 16 dengan bertandang ke Stamford Bridge untuk menghadapi skuad kendalian Frank Lampard itu.

Juara bertahan, Manchester City, pula akan berkunjung ke laman pasukan daripada Liga Kejuaraan, Sheffield Wednesday, manakala Menchester United akan bertemu dengan penjaring terbanyak sepanjang zaman mereka, Wayne Rooney, seandainya dia dapat membantu Derby County menewaskan Northampton Town dalam perlawanan ulangan.

Tidak kira sama ada Tottenham Hotspur atau Southampton yang memenangi perlawanan ulangan, mereka akan bertemu satu lagi pasukan daripada EPL, Norwich City.

Arsenal, yang memenangi kehohanan itu sebanyak 13 kali, akan bertemu Portsmouth dalam pusingan kelima selepas menang tipis 2-1 ke atas Bournemouth awal pagi tadi.

Pusingan kelima Piala FA akan bermula 2 Mac ini tanpa perlawanan ulangan.

Undian pusingan kelima:

Sheffield Wednesday lwn Manchester City
Reading/Cardiff City lwn Sheffield United
Chelsea lwn Shrewsbury Town/Liverpool
West Brom lwn Newcastle United/Oxford United
Leicester City lwn Coventry City/Birmingham City
Northampton Town/Derby County lwn Manchester United
Southampton/Tottenham lwn Norwich City
Portsmouth lwn Arsenal



Editor: Muzaffar Musa