WATFORD 2 BRISTOL CITY 3

Revolusi skuad bimbingan Marco Silva telah dikejutkan dengan kekalahan kepada Bristol City dalam saingan Piala EFL.


Watford yang berjaya mengutip empat mata dalam dua perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL), namun gagal mengekalkan rentak kemenangan selepas tewas kepada pasukan pelawat itu 3-2 di Vicarage Road.

Watford, yang beraksi dengan 10 pemain selepas Jose Holebas dilayangkan kad merah, merupakan satu-satunya pasukan daripada EPL yang tersingkir.

Ketinggalan satu jaringan kepada MK Dons, Swansea memerlukan dua jaringan daripada Leroy Fer, dan masing-masing satu jaringan lagi dihasilkan oleh Tammy Abraham dan Jordan Ayew bagi menyempurnakan kemenangan 4-1.

Bournemouth turut dipaksa untuk bekerja keras ketika bertemu Birmingham City tetapi anak buah Eddie Howe bangkit meraih kemenangan 2-1 hasil jaringan Ryan Fraser dan Marc Pugh.

Crystal Palace, West Brom, Leicester City dan Brighton and Hove Albion tidak menghadapi sebarang rintangan untuk mudah melepasi halangan untuk ke pusingan ketiga.